Followers

Saturday, June 25, 2011

KARNIVAL NASYID PPDa 2011

Menunggu Giliran dengan penuh debaran
ANUGERAH ILAHI
Indahnya hidup di dunia ini
Aman dan makmur kita syukuri
Nikmat yang kita sentiasa kecapi
Sebagai anugerah dari Ilahi

Mari kita memuji Allah
Atas rezeki yang diberikan
Agar berkekalan ke akhir zaman
Sejahtera aman dan damai              

Menjadi insan yang gemilang
Menjadi ummah terbilang
Akidah pembentuk jati diri cemerlang
Semakin hari semakin indah

Syari’ah-Nya kita amalkan
Diri kita sebagai insan
Mentadbirkan bumi Tuhan
Jadi Khalifah sebagai tugasan kita

MASYARAKAT MADANI TANPA DADAH
Dadah durjana perosak diri
Rupanya padah diri sendiri
Merosak diri di dasar hati
Menjadi najis di muka bumi

Wahai kawan ingatlah pesanan
Dadah durjana bukan mainan
Membawa rasa kesedihan
Membunuh jiwa insan

Kau pemusnah
Kau pembunuh
Diri, keluarga, dan juga ummah
Masyarakat dan ummah
Jauhkan diri dari najis dadah

Kawan-kawan jangan mendekati
Dadah durjana walau seinci
Andai dadah kita menjauhi
Hidupmu pasti diberkati Ilahi

Bangunkan akalmu dengan pengalaman
Didiklah jiwamu takut tuhan
Nabi Muhammad menjadi ikutan
Al-Quran, Sunnah sebagai pedoman

Ya Allah, Ya Tuhan
Hindarilah kami daripada najis dadah
Moga hidup kami akan berbahagia
Masyarakat madani tanpa dadah

Selamanya hidup bahagia
Masyarakat madani tanpa dadah
Selamanya aman sentosa
Masyarakat madani tanpa dadah


Dah penat...mahu pulang dulu