Followers

Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

Thursday, May 5, 2011

4 Macam Manusia

Khalil bin Ahmad menyatakan, bahawa darjat manusia terbahagi kepada empat macam, iaitu :-
1) MANUSIA YANG TAHU (MENGERTI) DAN DIA TAHU BAHAWA IA TAHU.
    Yang demikian ialah manusia yang berilmu, yang boleh dijadikan pemimpin.
2) MANUSIA YANG TAHU, TAPI DIA TIDAK TAHU BAHAWA DIA TAHU.
   Orang yang demikian sedang tertidur, dan perlu dibangunkan.
3) MANUSIA YANG TIDAK TAHU, DAN DIA TAHU BAHAWA DIA TIDAK TAHU.
   Orang yang demikian perlu dibimbing supaya menjadi cerdas.
4) MANUSIA YANG TIDAK TAHU, DAN TIDAK TAHU BAHAWA DIA TIDAK     TAHU. 
   Orang yang demikian haruslah dijauhi.

Monday, February 21, 2011

Pohon&Berdoalah......

 "Hati sangat-sangat merasa sedih....tidak tenang, berserabut, macam-macam yang difikirkan.....tp pada siapa ingin diluahkan..."

kadang kala kita lupa akan Allah yang sentiasa bersama-sama kita...mendengar setiap isi kata&memakbulkan setiap inci pengharapan...Justeru Pohon&Berdoalah.......kerana Dia mendengar luahan hati hambaNYA....

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Mohonlah (berdoalah) kepada-Ku, nescaya Aku perkenankan permohonan (doa) kamu itu.” (Surah Ghafir, ayat-60)

“Aku perkenankan doa orang yang berdoa apabila ia memohon (berdoa) kepada-Ku.” (surah al-Baqarah, ayat 186)