TAJUK 1
Adab Menjaga Fitrah Lelaki Dan Perempuan
Laman ini bertujuan untuk berkongsi pandangan, pengalaman dalam dunia pendidikan dan pelbagai ilmu khasnya berkaitan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam untuk membantu para pengunjung terutamanya para pelajar dan guru dalam memperkukuhkan P&P
Followers
Thursday, March 15, 2012
Sunday, February 26, 2012
Saturday, September 17, 2011
Ihya' Ramadhan SMKTBM 2011
Alhamdulillah....setelah 5 bulan menjalankan tugas sebagai pendidik di SMKTBM..aku dengan penuh semangat dan iltizam ingin menghidupkan Ramadhan 1432H dengan pelbagai aktiviti agar jiwa dan rohani pelajar-pelajar ku ditarbiyyah dengan Nur Islam.
Ucapan Terima Kasih kepada Pn. Pengetua, Pn. Loh Guay Hiong. Barisan-barisan pentadbir Tuan Hj. Amran, Pn. Siti Liah, Pn. Zaharah. Begitu juga rakan-rakan guru yang lain kerana banyak menyumbangkan tenaga, buah fikiran, masa dan wang ringgit. Hanya Allah yang mampu membalasnya.
Ucapan Terima Kasih kepada Pn. Pengetua, Pn. Loh Guay Hiong. Barisan-barisan pentadbir Tuan Hj. Amran, Pn. Siti Liah, Pn. Zaharah. Begitu juga rakan-rakan guru yang lain kerana banyak menyumbangkan tenaga, buah fikiran, masa dan wang ringgit. Hanya Allah yang mampu membalasnya.
Bacaan Yaasin
Persiapan dewan untuk majlis kemuncak "Khatam Al-Qur'an"
Majlis Sumbangan duit raya oleh guru-guru sesi petang khas untuk murid-murid sesi petang
"Nanti dah besar tak dapat duit raya lagi ye;-)"
majlis Khatam Al-Qur'an
(25 Ogos 2011/25 Ramadhan 1432, khamis)
Iftar Jama'i
Praktikal Solat Sunat Aidilfitri
Saturday, June 25, 2011
KARNIVAL NASYID PPDa 2011
Indahnya hidup di dunia ini
Aman dan makmur kita syukuri
Nikmat yang kita sentiasa kecapi
Sebagai anugerah dari Ilahi
Mari kita memuji Allah
Atas rezeki yang diberikan
Agar berkekalan ke akhir zaman
Sejahtera aman dan damai
Menjadi insan yang gemilang
Menjadi ummah terbilang
Akidah pembentuk jati diri cemerlang
Semakin hari semakin indah
Syari’ah-Nya kita amalkan
Diri kita sebagai insan
Mentadbirkan bumi Tuhan
Jadi Khalifah sebagai tugasan kita
Dadah durjana perosak diri
Rupanya padah diri sendiri
Merosak diri di dasar hati
Menjadi najis di muka bumi
Wahai kawan ingatlah pesanan
Dadah durjana bukan mainan
Membawa rasa kesedihan
Membunuh jiwa insan
Kau pemusnah
Kau pembunuh
Diri, keluarga, dan juga ummah
Masyarakat dan ummah
Jauhkan diri dari najis dadah
Kawan-kawan jangan mendekati
Dadah durjana walau seinci
Andai dadah kita menjauhi
Hidupmu pasti diberkati Ilahi
Bangunkan akalmu dengan pengalaman
Didiklah jiwamu takut tuhan
Nabi Muhammad menjadi ikutan
Al-Quran, Sunnah sebagai pedoman
Ya Allah, Ya Tuhan
Hindarilah kami daripada najis dadah
Moga hidup kami akan berbahagia
Masyarakat madani tanpa dadah
Selamanya hidup bahagia
Masyarakat madani tanpa dadah
Selamanya aman sentosa
Subscribe to:
Posts (Atom)
















