Followers

Thursday, January 13, 2011

HAMKA


Haji Abdul Malik Karim Amrullah atau lebih dikenali dengan julukan HAMKA. Beliau lahir pada 17 Februari 1908, di desa kampung Molek, Meninjau, Sumatera Barat, Indonesia. Beliau adalah sasterawan Indonesia, sekaligus ulama, dan aktivis politik. Ayahnya adalah Syeikh Abdul Karim bin Amrullah, yang dikenali sebagai Haji Rasul, yang merupakan pelopor Gerakan Islah (tajdid) di Minangkabau, sekembalinya dari Makkah pada tahun 1906. Datuk beliau iaitu Tuan Kisa-i adalah ulama tarekat yang terkenal. Beliau mengamalkan Thariqat Naqstabandiyah.



Pemahaman Islam Tuan Kisa-I sama dengan pegangan “ kaum Tua”, tetapi pada zaman beliau istilah “ kaum Tua” dan “ kaum muda” belum tersebar luas. Ayah beliau, Syeikh Haji Abdul Karim Amrullah, adalah seorang pelopor dan termasuk dalam tokoh besar bagi perjuangan “ kaum Muda”. Ibunya pula bernama Siti Safiyah Binti Gelanggar yang bergelar Bagindo nan Batuah. Menurut sejarah, bapa beliau pernah dibuang daerah oleh penjajah Belanda ke Sukabumi dalam tahun 1941 lantaran fatwa beliau yang dianggap membahayakan penjajah dan keselamatan umum. Haji Abdul Karim Amrullah adalah tuan guru kepada Sheikh Haji Ahmad Jelebu.

Hamka pernah menerima beberapa anugerah pada peringkat nasional dan antarabangsa seperti anugerah kehormatan Doctor Honoris Causa, Universiti al-Azhar, 1958; Doktor Honoris Causa, Universiti Kebangsaan Malaysia, 1974; dan gelaran Datuk Indono dan Pengeran Wiroguno daripada pemerintah Indonesia. Hamka telah pulang ke rahmatullah pada 24 Julai 1981, semasa berusia 72 tahun. Namun jasa dan pengaruhnya masih terasa sehingga kini dalam memartabatkan agama Islam. Beliau bukan sahaja diterima sebagai seorang tokoh ulama dan sasterawan di negara kelahirannya, malah jasanya di seluruh alam Nusantara, termasuk Malaysia dan Singapura, turut dihargai

SIFAT PERIBADI
Haji Abdul Malik Karim Amrullah (Hamka) seorang yang pintar dan bijak. Beliau juga terkenal sebagai ahli kesusasteraan Melayu klasik serta pengarang yang masyhur dan novelis terkemuka dan mahir dalam bahasa Arab. 

Selain daripada itu, Hamka rajin membaca dan bertukar-tukar fikiran dengan tokoh-tokoh terkenal Jakarta seperti HOS Tjokroaminoto, Raden Mas Surjoparonoto, Haji Fachrudin, Ar Sutan Mansur dan Ki Bagus Hadikusumo sambil mengasah bakatnya sehingga menjadi seorang ahli pidato yang handal.

Di samping itu juga, Hamka aktif dalam gerakan Islam melalui pertubuhan Muhammadiyah. Beliau mengikuti pendirian Muhammadiyah mulai tahun 1925 untuk melawan khurafat, bidaah, tarekat dan ajaran sesat di Padang Panjang. 

HAMKA terkenal sebagai ahli falsafah dan pujangga Islam serta merupakan seorang wartawan, penulis, editor dan penerbit.

PEMIKIRAN DAN SUMBANGAN HAMKA TERHADAP ISLAM

Pada tahun 1925, Hamka memulakan kerjayanya sebagai pengarang di Padang Panjang. Beliau menulis majalah "Seruan Islam di Tanjung Para Langkat, menerbitkan majalah "Pedoman masyarakat, dan "Panji Masyarakat. Hamka mula mengarang dalam akhbar "Pembela Islam, Bandung pada tahun 1930. HAMKA banyak berjasa dalam penyebaran Islam dalam bahasa Indonesia kerana keahliannya dalam kesusasteraan sehingga beliau mendapat gelaran "Hamzah Fansuri zaman baharu

Hamka merupakan seorang tokoh reformasi Islam yang terkenal dalam bidang falsafah dan tasawuf. Beliau juga merupakan tokoh agama dan pendakwah yang banyak memberi sumbangan kepada agama, bangsa, dan negara melalui organisasi, ceramah, serta hasil-hasil karya yang ditulisnya.  Pada tahun 1935, Hamka telah mendirikan kolej Kuliah Al-Muballighin di Padang Panjang yang telah melahirkan ramai tokoh-tokoh terkenal. 

Hamka adalah seorang ilmuan dalam berbagai bidang ilmu pengetahuan seperti falsafah, sastera, sejarah, sosiologi dan politik, baik Islam mahupun Barat. Dengan kemahiran bahasa Arabnya yang tinggi, beliau dapat menyelidiki karya ulama dan pujangga besar di Timur Tengah seperti Zaki Mubarak, Jurji Zaidan, Abbas al-Aqqad, Mustafa al-Manfaluti dan Hussain Haikal. 

Melalui bahasa Arab juga, beliau meneliti karya sarjana Perancis, Inggeris dan Jerman seperti Albert Camus, William James, Sigmund Freud, Arnold Toynbee, Jean Paul Sartre, Karl Marx dan Pierre Loti. Hamka juga rajin membaca dan bertukar-tukar fikiran dengan tokoh-tokoh terkenal Jakarta seperti HOS Tjokroaminoto, Raden Mas Surjoparonoto, Haji Fachrudin, Ar Sutan Mansur dan Ki Bagus Hadikusumo sambil mengasah bakatnya sehingga menjadi seorang ahli pidato yang hebat.

Dari segi karier Hamka mula bekerja sebagai guru agama pada tahun 1927 di Perkebunan Tebing Tinggi, Medan dan guru agama di Padangpanjang pada tahun 1929. Hamka kemudian dilantik sebagai pensyarah di Universitas Islam, Jakarta dan Universitas Muhammadiyah, Padang panjang dari tahun 1957 hingga tahun 1958. Setelah itu, beliau diangkat menjadi rektor Perguruan Tinggi Islam, Jakarta dan Profesor Universitas Mustopo, Jakarta. 

Dari tahun 1951 hingga tahun 1960, beliau memegang jawatan sebagai Pegawai Tinggi Agama oleh Menteri Agama Indonesia, tetapi meletakkan jawatan itu ketika Sukarno menyuruhnya memilih antara menjadi pegawai negeri atau bergiat dalam politik Majlis Syura Muslimin Indonesia (Masyumi).

Dari aspek dakwah dan pemikiran Islam, Hamka juga aktif dalam gerakan Islam melalui pertubuhan Muhammadiyah. Beliau mengikuti pendirian Muhammadiyah mulai tahun 1925 untuk melawan khurafat, bidaah, tarekat dan ajaran sesat di Padang Panjang. Bermula pada tahun 1928, beliau mengetuai cabang Muhammadiyah di Padang Panjang. 

Pada tahun 1929, Hamka mendirikan pusat latihan pendakwah Muhammadiyah dan dua tahun kemudian beliau menjadi konsul Muhammadiyah di Makassar. Kemudian beliau terpilih menjadi ketua Majlis Pimpinan Muhammadiyah di Sumatera Barat oleh Konferensi Muhammadiyah, menggantikan S.Y. Sutan Mangkuto pada tahun 1946. Beliau menyusun kembali pembangunan dalam Kongres Muhammadiyah ke-31 di Yogyakarta pada tahun 1950.

Pada tahun 1953, Hamka dipilih sebagai penasihat pimpinan Pusat Muhammadiah. Pada 26 Julai 1977, Menteri Agama Indonesia, Prof. Dr. Mukti Ali melantik Hamka sebagai ketua umum Majlis Ulama Indonesia tetapi beliau kemudiannya meletak jawatan pada tahun 1981 kerana nasihatnya tidak dipedulikan oleh pemerintah Indonesia ketika itu. Beliau juga banyak berjasa dalam penyebaran Islam dalam bahasa Indonesia kerana keahliannya dalam kesusasteraan sehingga beliau mendapat gelaran "Hamzah Fansuri zaman baharu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.